Ahad, Ogos 16, 2009

Silat Gayong Sundang Pusaka.....

Sejarah Pertubuhan Seni Silat Gayong Sundang Pusaka

pertubuhan seni silat gayong sundang pusaka telah ditubuhkan di negeri pulau pinang iaitu gelanggang pusatnya
di jarak atas di tasik gelugor di seberang jaya utara. pertubuhan ini adalah berdaftar,didalam pesaka negeri pulau pinang.ia adalah salah satu pertubuhan yang masih aktif di pulau pinang.pada mulanya ia berdaftar dengan nama silat gayong ,malaysia tetapi di ubah namanya menjadi silat gayong sundang pusaka. silat gayong sundang pusaka telah menerima murid-murid sebanyak 100 orang pada permulaannya iaitu di gelanggang jarak atas. selepas itu ia membuka di relau kedah sempadan pulau pinang.ia menerima sebanyak 80 orang murid di situ,selepas itu ia membuka ditempat lain seperti di pulau pinang ara kuda,mengkuang,titi hitam,kubang saadon. di negeri kedah pula ia ia membuka di sidam kiri iaitu di kg tanah lincin,dan baru-baru ini pula ia telah dibuka di padang serai iaitu di taman mahsuri.Sekarang taman mahsuri mejadi ketua cawangan didalam negeri kedah bagi persaatuan silat gayong sundang pusaka.


Guru Utama

Guru utama bagi silat ini adalah Allahyarham cikgu Osman bin Abdullah
ia telah menubuhkan silat ini setelah selesai menerima ajaran dari Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda dan Meor Abdul Aziz bin Daeng Uda di Kota Sarang Semut,Kedah.ia menerima amanat dari Mahaguru Meor agar mengembangkan silat ini bagi bangsa melayu agar silat ini tidak diluput dizaman.Semasa dihayatnya ia banyak menyumbang jasa pada silat Gayong.ia adalah salah satu guru yang disegani tetapi ia tidak terlalu banyak menonjolkan diri di peresada silat. ia telah membimbing banyak murid-muridnya yang menjadi juara peringkat negeri dan kebangsaan dan banyak anak muridnya telah menjadi wakil negeri dan kebangsaan sehingga bertanding diperingkat dunia.

1 ulasan:

  1. kenapa diubah ketara sgt lambang gayong tu? bukan lambang gayong yg dh sedia ada tu dh cukup lawa ke... hmm.

    (salam dr pesilat silat seni gayong malaysia)

    BalasPadam