Ahad, Ogos 16, 2009

Majlis Kenaikan Bengkong pelangi Hijau(Cwgan Tmn Mahsuri)

Pada tarikh 31 May 2009 telah diadakan majlis kenaikan benkong pelangi hijau dari murid-murid
seni silat gayong sundang pusaka cawangan taman mahsuri. Majlis ini diadakan di Taman Mahsuri,Padang Serai,Kedah...Pada pukul 7 pagi majlis bermula dengan ajk persatuan menggumpul ahli-ahli bagi mengambil kedatangan,
selepas selesai dengan mengumpul ahli dan mengambil kedatangan,majlis diteruskan dengan minum pagi makanan disediakan oleh pihak Cawangan.Pada jam 8 majlis teruskan dengan ahli-ahli diberi arahan oleh ketua penganjur iaitu abang hashim bagi berbaris untuk melakukan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti latihan.

Latihan dikendali oleh cikgu Syah



Selepas melakukan senaman tepat pada pukul 8.15,latihan dimulakan dengan gurulatih Syah mengambil arahan.Latihan dimulakan dengan asas gerakan,selepas melakukan asas gerakan latihan diteruskan dengan elak guna 1 hingga 14.Setelah melakukan elak guna, latihan diteruskan dengan buah kunci mati 1 hingga 14,pukulan 1 hingga 14,combat 1 hingga 14 dan akhir sekali buah pentas tangan kosong,pentas rotan.Latihan telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari.Ini kerana bagi perserta merehatkan diri dan menunaikan sembayang zohor,perserta diberi arahan agar pada pukul 2 mereka harus ada ditempat mengambil ujian begkong.

Para perserta menjalani latihan

"Membuka langkah"

"Garangnya!!!"


"Tengok main-main banyak,bukan nak tegok orang ajaq!!!"


"Budak-budak perempuan pun ada gak"

"Perserta sedang mengambil ujian"

Pada pukul 2 para perserta telah ada digelaggang bagi mengambil ujian,gurulatih ditugaskan pada hari itu adalah cikgu shidi,cikgu fazly dan cikgu syah.Juri-juri adalah cikgu rahim,cikgu not,cikgu lan dan pak su din.Ujian telah berlangsung hingga pukul 4.15 petang dan majlis diteruskan oleh para juri bagi dengan mehitung markah yang dapat oleh para perserta.

"ahli-ahli ajk taman mahsuri"
Pada jam 5 petang
majlis diteruskan dengan gurulatih memberi arahan agar para perserta berbaris dan masuk didalam gelanggang dan duduk pendekar. selepas itu majlis telah dipengerusikan oleh abang hashim ia diteruskan dengan bacaan doa dari imam surau al-syakirin,selepas itu majlis perasmian penerimaan bengkong telah dirasmikan oleh wakil taman mahsuri.selepas itu acara menyerahkan bengkong pelangi hijau pada para perserta yang mendapat tiada cula ia disampaikan oleh wakil taman mahsuri dan selepas itu majlis diteruskan oleh timbalan persatuan seni silat gayong sundang pusaka bagi menyerahkan benkong pelangi hijau cula 1. akhir sekali pegetua persatuan menyerahkan bengkong
pelangi hijau kepada mereka yang menerima cula 2 dan 3.


"tetamu yang hadir...."



"wakil dari taman mahsuri menyerahkan bengkong"

"timbalan pengerusi menyerahkan benkong pelangi hijau 1 cula"

"pegetua silat gayong sundang pusaka menyerahkan bengkong pelangi hijau 2 cula dan 3 cula"

"persilat membuat demo"

"pesilat membuat persembahan"

"gurulatih cikgu lan,cikgu not,pak su din,cikgu rahim,cikgu syah dan cikgu shidi"

selepas itu ahli gayong membuat demo kepada para tetamu sehingga pukul 6.30 petang selepas itu majlis di tutup oleh tuan pengerusi.

lambang gayong sundang pusaka

Silat Gayong Sundang Pusaka.....

Sejarah Pertubuhan Seni Silat Gayong Sundang Pusaka

pertubuhan seni silat gayong sundang pusaka telah ditubuhkan di negeri pulau pinang iaitu gelanggang pusatnya
di jarak atas di tasik gelugor di seberang jaya utara. pertubuhan ini adalah berdaftar,didalam pesaka negeri pulau pinang.ia adalah salah satu pertubuhan yang masih aktif di pulau pinang.pada mulanya ia berdaftar dengan nama silat gayong ,malaysia tetapi di ubah namanya menjadi silat gayong sundang pusaka. silat gayong sundang pusaka telah menerima murid-murid sebanyak 100 orang pada permulaannya iaitu di gelanggang jarak atas. selepas itu ia membuka di relau kedah sempadan pulau pinang.ia menerima sebanyak 80 orang murid di situ,selepas itu ia membuka ditempat lain seperti di pulau pinang ara kuda,mengkuang,titi hitam,kubang saadon. di negeri kedah pula ia ia membuka di sidam kiri iaitu di kg tanah lincin,dan baru-baru ini pula ia telah dibuka di padang serai iaitu di taman mahsuri.Sekarang taman mahsuri mejadi ketua cawangan didalam negeri kedah bagi persaatuan silat gayong sundang pusaka.


Guru Utama

Guru utama bagi silat ini adalah Allahyarham cikgu Osman bin Abdullah
ia telah menubuhkan silat ini setelah selesai menerima ajaran dari Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda dan Meor Abdul Aziz bin Daeng Uda di Kota Sarang Semut,Kedah.ia menerima amanat dari Mahaguru Meor agar mengembangkan silat ini bagi bangsa melayu agar silat ini tidak diluput dizaman.Semasa dihayatnya ia banyak menyumbang jasa pada silat Gayong.ia adalah salah satu guru yang disegani tetapi ia tidak terlalu banyak menonjolkan diri di peresada silat. ia telah membimbing banyak murid-muridnya yang menjadi juara peringkat negeri dan kebangsaan dan banyak anak muridnya telah menjadi wakil negeri dan kebangsaan sehingga bertanding diperingkat dunia.